Kami di True Love Photography mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Haizeq & Amalina, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih kerana memilih True Love Photography
sebagai jurufoto rasmi perkahwinan anda.

Photographer : Shahrin Yusoff





























Gambar Dari True Love Photography

Kasut  adalah antara aksesori terpenting dalam penataan gaya , terutama sekali pada hari bahagia anda.  Anda tentu tidak mahu pemilihan kasut yang salah meroskkan penampilan anda sebagai  ratu sehari bukan.  Kami senaraikan beberapa faktor yang anda boleh pertimbangkan sebelum membeli kasut untuk hari perkahwinan anda.


Gambar Dari True Love Photography


1. Keselesaaan

Ini adalah faktor nombor satu yang perlu anda titikberatkan. Pada hari perkahwinan anda nanti, anda perlu banyak berdiri dan bergerak . Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi.  Jadi pilih kasut yang  selesa dipakai, bukan yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki anda melecet.


Gambar Dari True Love Photography

2. Ketinggian dan tumit


Dari sudut fesyen dan kecantikan,  lagi tinggi tumit kasut, lagi cantik bukan?  Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui umum boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Tapi Wanista nasihatkan kepada bakal pengantin, jangan bereksperimen untuk hari penting anda ya.  Jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut platfom 6 inci. Jika anda masih ingin memakainya, mungkin anda boleh berlatih “catwalk”  dan membiasakan diri terlebih dahulu. Jika tidak selesa dengan tumit kasut stiletto misalnya, Pengantin punya banyak pilihan tumit kasut jenis lain, antaranya  wedges atau kitten heels.  Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menyarung flat. Flat dari &nbsp antara yang anda boleh jadikan pilihan.


Gambar Dari True Love Photography

3. Fabrik 
Sesuai dengan status ratu sehari, kami cadangkan anda pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Misalnya satin, silk atau lace.  Jika anda  menyarung busana tradisional , fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Kasut  yang mempunyai perincian seperti labuci atau effect glitter  juga mampu menaikkan aura glamour.


Gambar Dari True Love Photography
4. Stail
Walauapapun pilihan anda, anda masih boleh memilih kasut mengikut citarasa dan stail peribadi anda. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri anda sendiri dalam bergaya. Ingat anda adalah ratu pada hari tersebut . Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda mahukan.


Gambar Dari True Love Photography
5.  Cuba sebelum beli
Untuk memastikan keselesaan dan saiz yang betul, jangan lupa untuk cuba dulu kasut pilihan anda. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada minit-minit terakhir  atau membeli kasut tanpa cuba memakainya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin anda. Jika tidak sesuai dengan busana , anda masih sempat untuk membeli kasut yang lain bukan.
Kami di True Love Photography mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan Suhailah & Faiz, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih kerana memilih True Love Photography sebagai jurufoto rasmi perkahwinan anda.


Photographer : Amir