BTSW | INAI BY NANASYAZHENNA

/
0 Comments

Hai Assalamualaikum semua,

Kali ini admin nak kongsikan bukan berkaitan dengan fotografi tetapi benda lain pula. Admin nak share dengan korang orang-orang di belakang tabir yang sama dalam bidang perkhidmatan perkahwinan, berkongsi rezeki dengan orang lain kan lebih baik, kalau asyik gambar wedding sahaja pun korang pun bosan jugak kan?

Ok untuk post BTSW pertama berkaitan servis kahwin, admin nak memperkenalkan Artis Henna yang bertapak di Kuala Lumpur nama beliau Syazana Ayuni, korang boleh klik nama beliau untuk terus ke facebook Syazana sendiri, lepas tu korang bolehlah follow beliau untuk lihat hasil kerja kejap lagi.

Pengalaman beliau telah mencapai 10 tahun dalam bidang lukisan inai bermula dari menginai kawan-kawan & keluarga sahaja. Menurut beliau lagi, beliau ada juga menghadiri kelas henna bagi memantapkan skill melukis inai untuk memberikan servis yang terbaik buat pelanggan beliau. Haa, tengok nak lukis inai pun sampai pergi kelas tau, patutlah inai Syazana ni kemas & cantik.

Beliau juga ada kongsikan tips untuk berinai pada bakal pengantin :
  1.  Cuci & scrub tangan dan kaki sebelum berinai. Permukaan yang bersih membantu penyerapan inai dan menaikkan warna inai yang lebih cantik & sekata.
  2. Elakkan banyak bergerak semasa berinai kerana pergerakan akan menyebabkan gangguan kepada lukisan inai.
  3. Berikan handphone kepada orang yang dipercayai untuk membantu menjawab panggilan penting semasa berinai.
  4. Berinai di kawasan yang selesa, cukup cahaya, dan  tidak berdekatan dengan kanak-kanak kecil yang bermain.
Dah baca tips kan? Sekarang jom kita tengok hasil inai dari Syazana

Gambar asal dari nanasyazhenna






Cantik & Kemaskan Inai yang Syazana lukis, kalau korang nak tempah beliau korang boleh whatsapp Syazana terus atau boleh follow beliau di facebook, kalau luar dari Kuala Lumpur pun beliau boleh cover cuma ada caj pengangkutanlah, tapi kalau dengan hasil inai yang kemas & cantik ini setiap pelaburan korang tu mesti memuaskan hati, nak tunjuk tangan dekat kawan-kawan pun terasa happy sebab cantik sangat.

Ok sekarang berapa caj untuk sekali berinai? 

Harga untuk perkhidmatan inai beliau bermula dari RM150 hingga RM250 tak termasuk dengan caj pengangkutan. Bagi admin harga & hasil kerja macam ni berpatutan sebab produk inai yang Syazana gunakan pun tahan lama.

Kalau korang yang baru nak jadikan menginai pengantin ni sebagai sumber pendapatan, Syazana ada nasihat untuk korang :

Untuk orang-orang baru di alu-alukan untuk mencari rezeki dlm bidang ini, sama-sama cari rezeki & kongsi ilmu. Yang penting ada minat & sentiasa positif, bakat boleh diasah dengan latihan. - Syazana Ayuni

Macam mana nak hubungi Syazana, admin share facebook & no whatsapp beliau kat bawah ni :

Facebook : Syazana Ayuni
Whatsapp : +6019-353 4364

Siapa yang pernah dapatkan servis inai dari Syazana boleh komen di bawah sebagai tanda sokongan tau.

Okay itu sahaja BTSW pertama ini, kalau ada orang-orang belakang tabir yang boleh diketengahkan korang boleh komen juga di bawah, nanti admin boleh interview diorang.

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa untuk like facebook True Love Photography & share post ini untuk dikongsikan kepada bakal pengantin di luar sana.

Jumpa lagi di post seterusnya. 



You may also like

No comments: