BTSW | "NYOK" BAKAL MENAMBAT HATI WARGA PENANG & KEDAH

/
0 Comments
Assalamualaikum Hai, Jumpa lagi dalam BTSW (Behind The Scene Wedding),

Pada kali ini admin nak share dengan korang servis Aiskrim untuk majlis keraian. Aiskrim ni digemari oleh semua  golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa, admin dah survey sepanjang admin bertugas di majlis perkahwinan rata-rata kalau ada aiskrim mesti beratur panjang(hot selling), macam mana tak hot selling, cuaca Malaysia ni panas & kalau ada aiskrim mesti sejuk tekak tu, jadi kalau korang nak mencari kelainan sikit, korang boleh tempah aiskrim sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan korang.



Gambar dari NYOK_HQ

Berminat nak tempah ais krim? Jangan risau admin ada kaki yang tawarkan aiskrim untuk majlis korang. Owner yang jual aiskrim ni suami isteri tau, produk aiskrim diorang dibuat sendiri & dijenamakan sebagai "NYOK", kalau ada yang tak tau maksudnya Kelapa. Kenapa diorang pilih "NYOK" sebab produk premium diorang yang paling sedap tak ingat ni adalah perisa kelapa.  Jadi dari situlah diorang dapat nama untuk wujud perniagaan aiskrim ni.

Gambar dari NYOK_HQ
Gambar dari NYOK_HQ
Kalau korang tak suka perisa kelapa, jangan risau! Diorang ada sediakan 13 lagi perisa yang bakal menambat lidah korang untuk tempah. Untuk majlis keraian seperti majlis kahwin ke, majlis hari jadi ke atau apa2 sahaja majlis yang korang nakkan aiskrim, diorang boleh sediakan. "NYOK" menawarkan harga mengikut berapa kon yang korang perlukan, harga untuk mini kon RM0.70 dan untuk kon standart RM0.80.


Gambar dari NYOK_HQ
"NYOK" menyediakan perkhidmatan aiskrim di sekitar Pulau Pinang & Kedah tapi untuk kawasan kedah ada caj pengangkutan RM30 sahaja, murah tu..! Selain dari menawarkan perkhidmatan aiskrim untuk majlis keraian. "NYOK" turut menjual aiskrim dalam bekas 1 liter & 2 liter, selalunya korang makan aiskrim walls & nestle's je kan? Apa kata korang cuba pulak produk yang dihasilkan oleh orang tempatan pulak harga pun tak mahal, untuk bekas 1 liter RM15.00 sahaja & untuk bekas 2 liter harga dalam RM20 - RM23 mengikut perisa. Siap diorang boleh hantar aiskrim terus ke rumah.

Kalau korang tak berapa yakin nak tempah untuk majlis, admin cadangkan korang beli aiskrim diorang & rasa dulu, kemudian barulah buat pilihan, admin yakin lepas korang cuba, pasti korang akan suka.

Untuk pembelian aiskrim "NYOK" dalam bentuk bekas, korang boleh contact agen-agen di bawah :

ARIP - 017-5441518 (Butterworth)
ADIB - 017-4314851 (Seberang Jaya)
IDA - 012-9574247 (Jawi)
ROSLI - 019-4224247 (Penaga)
FIZI - 017-5341988 (Kepala Batas)

Berminat nak jadi agen "NYOK" di kawasan korang?

Korang boleh contact (SYAZA - 012-5589680) untuk menjadi agen rasmi "NYOK" & untuk membuat tempahan majlis keraian juga boleh contact SYAZA.

Support lokal produk supaya boleh terbang tinggi. 


You may also like

No comments: