Assalamualaikum & Hai!!

Dalam post kali ini, admin nak kongsi dengan korang gambar majlis pernikahan Nuzul & Norliza yang berlangsung di Ipoh, Perak. Korang tengok dahulu hasil kerja photographer True Love, kalau berminat boleh whatsapp admin 012-5897607 untuk dapatkan pakej & kalau berminat untuk buat tempahan pun boleh. Booking pun tak mahal, RM200 je. 




Macam mana korang berminat tak untuk buat tempahan? Kalau majlis korang berlangsung di Perak, Pulau Pinang & Kedah. Boleh dapatkan khidmat True Love Photography sebab tiada caj pengangkutan dikenakan pada lokasi yang dinyatakan.

Harga pakej bermula dari RM600 untuk 1 event, RM800 untuk 2 event & RM1500 untuk 3 event. Pakej yang berbaloi dengan hasil kerja yang memuaskan.

Kalau berminat boleh whatsapp admin 012 5897607 untuk dapatkan pakej ya. 

Assalamualaikum Hai,

Jumpa lagi dalam blog rasmi True Love, bulan 2017 bakal berakhir tak lama lagi & bermula episod baru pada 2018, adakah kita masih berjumpa lagi di masa akan datang, semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kita semua.. Amin.. 


Sebelum ini admin ada post gambar majlis pernikahan bagi pasangan Ridzuan & Nazirah, kalau korang belum tengok tu boleh lah klik dekat link ni Ridzuan & Nazirah | Akad Nikah. Mari kita doakan agar hubungan pasangan ini bahagia, aman & berkekalan sehingga ke Jannah. Ok let's go!! Kita tengok gambar yang admin sediakan.



Korang berminat untuk menempah perkhidmatan fotografi dari True Love Photography?
Kami menawarkan perkhidmatan fotografi di Perak, Pulau Pinang & Kedah, sekiranya majlis koranga berlangsung di kawasan yang dinyatakan, korang boleh dapatkan khidmat photographer True Love.

Pakej yang ditawarkan bermula dari RM600 untuk 1 event, RM800 untuk 2 event & RM1500 untuk 3 events, harga termasuk sekali dengan kos pengangkutan.

Sekiranya berminat untuk mengetahui pakej True Love, jangan malu2 nak tanya, korang boleh whatsap di no 012 5897607 untuk penerangan pakej & tempahan. Kalau lambat reply tu harap bersabar, admin akan layan korang nanti.. :)

Jumpa lagi di post seterusnya..
Assalamualaikum Hai, Jumpa lagi dalam BTSW (Behind The Scene Wedding),

Pada kali ini admin nak share dengan korang servis Aiskrim untuk majlis keraian. Aiskrim ni digemari oleh semua  golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa, admin dah survey sepanjang admin bertugas di majlis perkahwinan rata-rata kalau ada aiskrim mesti beratur panjang(hot selling), macam mana tak hot selling, cuaca Malaysia ni panas & kalau ada aiskrim mesti sejuk tekak tu, jadi kalau korang nak mencari kelainan sikit, korang boleh tempah aiskrim sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan korang.



Assalamualaikum Hai!

Jumpa lagi dalam blog true love photography. Minggu ini semua krew true love ada tugasan. Doakan segala urusan kami dipermudahkan. Minggu ini tiada berita menarik sangat, semalam true love ada keluarkan program baru iaitu BTSW (Behind The Scene Wedding) - program ini mengetengahkan orang-orang di belakang tabir dalam industri perkahwinan. Kalau korang belum baca lagi boleh klik dekat link ni INAI BY NANASYAZHENNA.

Okay sekarang jom kita tengok gambar majlis pernikahan buat pasangan Ridzuan & Nazirah yang berlangsung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kebetulan pula pada esok harinya Pulau Pinang dilanda banjir yang teruk. 


Terima kasih kepada Ridzuan & Nazirah kerana memberi kepercayaan kepada True Love Photography merakamkan majlis pernikahan mereka. Gambar persandingan mereka akan menyusul pula, nanti admin akan share dengan korang.

Harap korang suka dengan gambar-gambar yang admin sediakan, kepada bakal pengantin yang berminat nak menempah perkhidmatan fotografi dengan True Love Photography, boleh whatsapp di 012 5897607 ya..


Jumpa lagi di post seterusnya...

Hai Assalamualaikum semua,

Kali ini admin nak kongsikan bukan berkaitan dengan fotografi tetapi benda lain pula. Admin nak share dengan korang orang-orang di belakang tabir yang sama dalam bidang perkhidmatan perkahwinan, berkongsi rezeki dengan orang lain kan lebih baik, kalau asyik gambar wedding sahaja pun korang pun bosan jugak kan?

Ok untuk post BTSW pertama berkaitan servis kahwin, admin nak memperkenalkan Artis Henna yang bertapak di Kuala Lumpur nama beliau Syazana Ayuni, korang boleh klik nama beliau untuk terus ke facebook Syazana sendiri, lepas tu korang bolehlah follow beliau untuk lihat hasil kerja kejap lagi.

Pengalaman beliau telah mencapai 10 tahun dalam bidang lukisan inai bermula dari menginai kawan-kawan & keluarga sahaja. Menurut beliau lagi, beliau ada juga menghadiri kelas henna bagi memantapkan skill melukis inai untuk memberikan servis yang terbaik buat pelanggan beliau. Haa, tengok nak lukis inai pun sampai pergi kelas tau, patutlah inai Syazana ni kemas & cantik.

Beliau juga ada kongsikan tips untuk berinai pada bakal pengantin :
  1.  Cuci & scrub tangan dan kaki sebelum berinai. Permukaan yang bersih membantu penyerapan inai dan menaikkan warna inai yang lebih cantik & sekata.
  2. Elakkan banyak bergerak semasa berinai kerana pergerakan akan menyebabkan gangguan kepada lukisan inai.
  3. Berikan handphone kepada orang yang dipercayai untuk membantu menjawab panggilan penting semasa berinai.
  4. Berinai di kawasan yang selesa, cukup cahaya, dan  tidak berdekatan dengan kanak-kanak kecil yang bermain.
Dah baca tips kan? Sekarang jom kita tengok hasil inai dari Syazana

Gambar asal dari nanasyazhenna






Cantik & Kemaskan Inai yang Syazana lukis, kalau korang nak tempah beliau korang boleh whatsapp Syazana terus atau boleh follow beliau di facebook, kalau luar dari Kuala Lumpur pun beliau boleh cover cuma ada caj pengangkutanlah, tapi kalau dengan hasil inai yang kemas & cantik ini setiap pelaburan korang tu mesti memuaskan hati, nak tunjuk tangan dekat kawan-kawan pun terasa happy sebab cantik sangat.

Ok sekarang berapa caj untuk sekali berinai? 

Harga untuk perkhidmatan inai beliau bermula dari RM150 hingga RM250 tak termasuk dengan caj pengangkutan. Bagi admin harga & hasil kerja macam ni berpatutan sebab produk inai yang Syazana gunakan pun tahan lama.

Kalau korang yang baru nak jadikan menginai pengantin ni sebagai sumber pendapatan, Syazana ada nasihat untuk korang :

Untuk orang-orang baru di alu-alukan untuk mencari rezeki dlm bidang ini, sama-sama cari rezeki & kongsi ilmu. Yang penting ada minat & sentiasa positif, bakat boleh diasah dengan latihan. - Syazana Ayuni

Macam mana nak hubungi Syazana, admin share facebook & no whatsapp beliau kat bawah ni :

Facebook : Syazana Ayuni
Whatsapp : +6019-353 4364

Siapa yang pernah dapatkan servis inai dari Syazana boleh komen di bawah sebagai tanda sokongan tau.

Okay itu sahaja BTSW pertama ini, kalau ada orang-orang belakang tabir yang boleh diketengahkan korang boleh komen juga di bawah, nanti admin boleh interview diorang.

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa untuk like facebook True Love Photography & share post ini untuk dikongsikan kepada bakal pengantin di luar sana.

Jumpa lagi di post seterusnya.